Sayu : Kenapa jahat sangat .. wajah 2 pembuli jelita belasah pelajar 13 tahun sampai bocor kepala (10Gambar)
KUALA LUMPUR : Dua pelajar senior perempuan yang membelasah junior berusia 13 tahun telah menimbulkan kemarahan Netizen di laman sosial.
Wajah mereka kini tersebar dilaman sosial dengan berbagai komen yang mengkritik perbuatan mereka berdua yang dianggapm terlalu kejam.
Kata mereka harapkan wajah sahaja cantik dan comel namun akal tiada sanggup membelasah rakan lain tanpa belas kesihan sehingga kepala bocor dan berlumur darah.
Utusan melaporkan hancur hati seorang bapa apabila melihat keadaan anak perempuannya berlumuran darah dipercayai dibelasah dua pelajar senior sebuah sekolah di Bandar Sri Damansara dekat Petaling Jaya, semalam.
Bapa mangsa, Shukri Sulaiman, 42, berkata, anaknya yang mesra dengan panggilan �Omey�, 13, berada dalam keadaan separuh sedar ketika dia tiba di sekolah selepas salah seorang guru memaklumkan remaja itu terlibat dalam pergaduhan.
�Saya mendapat panggilan pada pukul 3.10 petang dan terus bergegas ke sekolah sebelum mendapati keadaannya berlumuran dengan darah yang keluar dari kepala.
�Saya dimaklumkan guru sekolah, dia terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar tingkatan tiga, bagaimanapun, beberapa saksi kejadian memberitahu dia diserang sekumpulan pelajar perempuan itu,� katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Shukri berkata, rakan-rakan pelajar tingkatan satu itu memaklumkan enam orang pelajar tingkatan tiga tiba-tiba mendekati anaknya sebelum salah seorang daripada mereka bertindak menarik tudungnya sehingga dia terjatuh.
�Melihat Omey sudah jatuh, seorang lagi suspek bertindak dengan bukan sahaja memijak, malah ada yang mendakwa remaja itu turut menggunakan kayu untuk memukul kepala anak saya sehingga berdarah.
�Saya kemudian terus membawanya ke Hospital Sungai Buloh (HSB) dengan menggunakan kenderaan ambulans,� ujarnya.
Tambah Shukri, bahagian kepala anak perempuannya itu terkoyak dan terpaksa menerima empat jahitan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya menerima laporan dibuat bapa mangsa malam semalam.
�Kes ini melibatkan mangsa dan suspek di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,� katanya.
Semoga Omey cepat sembuh dan kembali kesekolah insan yang jahat pasti akan mendapat balasan atas perbuatan mereka dan semoga mereka insaf
No comments: