Ads Top

Cerai selepas 6 bulan, tak pernah �bersama� kerana tak cinta

Hari ini saya rasa mahu berkongsi antara kisah-kisah perkahwinan pendek dan alasan yang membawa kepada penceraian. Yang kadang-kadang kita rasa ianya seperti tidak logik. Kisah-kisah yang akan saya kongsikan adalah kisah benar yang mereka sendiri kongsikan pada saya dan juga meminta motivasi. Pada saya kisah penceraian begini adalah lebih membawa trauma kepada mereka yang di uji berbanding bercerai kerana orang ketiga/pasangan curang. Dan untuk kembali mempercayai seorang lelaki adalah amat sukar. ( artikel ini panjang)

1. Bercerai selepas 6 bulan berkahwin kerana suami tidak pernah dan tidak mahu melakukan hubungan dengan isteri walaupun tinggal serumah dan sebilik. Apabila di tanya, jawapan suami hanyalah � perlu ada rasa cinta untuk lakukan itu semua�. Untuk kes ini, wanita tersebut pun tidak tahu sama ada suaminya gay ataupun tidak. Kerana tak tahu bagaimana nak selidik. Tapi sudah jumpa ramai ustaz perubatan darul Syifa tetapi ustaz cakap tiada apa-apa sihir ataupun jin yang menumpang. Ia lebih kepada diri sendiri.karekter lelaki itu di kenali antara lelaki yang warak juga la.
2. Bercerai selepas 4 bulan berkahwin. Sebelum berkahwin, si lelaki tidak memberitahu bakal isterinya bahawa dia ada masalah bernafsu kepada lelaki. Dan tidak bernafsu kepada wanita. Selepas berkahwin, barulah di beritahu kepada isteri. Hancur lulur hati isteri. Tapi si suami berjanji akan berubat dan berubah. Dan mrminta isterinya membantu dan beri moral support. Selama perkahwinan, mereka tidak pernah tidur bersama. Isteri tidur di atas katil. Suami di bawah. Ataupun suami tidur di ruang tamu. Selama berkahwin juga, apabila di ajak isteri untuk berubat, pasti si suami mengelak.. malah selepas isterinya sudah tahu dia bernafsu songsang, lelaki itu tidak segan silu bercerita perihal body lelaki hot kepada isterinya. Selama berkahwin juga, si isteri tidak boleh pegang tangan, tidak boleh duduk dekat dengan suami. Pasti akan di marahi dan di beri warning � jangan cuba nak goda saya�. Pernah juga bertemu ustaz dan ustaz berkata tiada apa-apa masalah jin ataupun sihir. Bila tinggal serumah pula, si suami akan balik ke rumah ibu bapa kerana berasa rimas ada perempuan di rumahnya. Akhirnya mereka bercerai. Dan malangnya, lelaki ini juga di kenali sebagai orang baik-baik dan kelihatan beragama.
3. Berkahwin selama 2 tahun, suami berikan cukup segala nafkah zahir. Tapi sekalipun tidak pernah berikan nafkah batin dari hari pertama berkahwin. Rumah di sediakan. Nafkah di beri. Tapi tinggal berasingan. Bila bertemu pun, si suami masih tetap begitu. Tidak pernah sekalipun menyentuh isteri. Saya hairan. Wanita itu lagilah hairan. Bila di ajak berbincang, pasti mengelak. Akhirnya selepas 2 tahun, mereka pun bercerai dan wanita itu masih suci. Bayangkan bagaimana wanita itu bakal trauma dengan sangat teruk?. Adakah orang percaya ataupun bakal suami in future percaya bahawa selama 2 tahun dia tidak pernah di sentuh langsung?
4. Bercerai selepas 5 bulan berkahwin. Secara tiba-tiba. Si suami secara tiba-tiba sahaja nak bercerai dengan isterinya. Alasannya tidak mahu menangung dosa tidak beri nafkah. Bila isteri ajak berbincang, dia tidak mahu langsung dan tetap dengan pendiriannya. Lelaki ini alim, tabligh, kaki masjid, qiamulail sentiasa. Isterinya juga agak beragama. Lelaki ini selalu mempertikaikan � kenapa isterinya tak sesolehah wanita yang memakai niqab?�. Dan selalu juga bercakap berkenaan mahu berpoligami. Sangkanya wanita yang memakai niqab sahaja yang benar-benar solehah.huhu. saya sendiri menemani rakan saya ini ketika perbicaraan mahkamah. Dia terlalu lemah ketika itu. Sehingga hari ini, dia masih lagi sorokkan status hidupnya daripada rakan-rakan. Sudah lebih dari satu tahun bercerai.
5. Bercerai selepas 5 bulan berkahwin. Juga secara tiba-tiba. Mereka pasangan suami isteri PJJ. Alasan si suami hanya satu � tidak dapat mencintai isterinya�. Isterinya tidak tahu apa puncanya, tiada tanda-tanda dia mempunyai wanita lain. Tiada tanda-tanda lelaki itu gay. Cumanya lelaki itu tidak pandai mengayat wanita dan sangat kurang rakan wanita.

Segala usaha untuk si isteri berbincang di tolak. Dia tetap dengan keputusannya. Dan mereka baru sahaja sah bercerai awal tahun ini.
6. Bercerai selepas setahun berkahwin. Lelaki seorang ustaz di sekolah agama. Isterinya juga cikgu di sekolah agama. Pada awal perkahwinan sangat bahagia. Isteri di layan bagaikan bidadari. Ketika isteri mengandung, biasa la emosi wanita akan terganggu. Ketika itu si suami sudah mula sedikit menjauh. Tiada rezeki anak. Isterinya gugur. Selepas itu emosi isteri pasti terganggu dan sedih. Si suami semakin tidak boleh menerima emosi isterinya. Akhirnya si suami sendiri mahu bercerai dan memohon cerai di mahkamah atas alasan �tidak mampu berikan nafkah�. Si suami tidak mahu berbincang apa-apa dan akhirnya bercerai. Sehingga kini selepas rasanya hampir 4 tahun, wanita itu masih sorokkan status hidupnya. Bila rakan-rakan di tempat kerja tahu kisah hidupnya�mereka akan memerli dan mempermainkan status hidupnya. Ini kisah rakan saya yang juga terlalu hampir dengan saya.
7. Bercerai selepas 2 bulan berkahwin. Sebelum berkahwin, si lelaki kelihatan waras. Kelihatan sweet dan warak. Nikah pun pakai jubah dan kain rida� oii.Selepas berkahwin, dia seperti tidak waras. Lelaki itu mempertikaikan kenapa isterinya tidak romantik seperti dalam drama tv?. Lelaki itu juga sangat cemburu buta. Tinggal di rumah ibunya. Beserta adik lelaki. Tetapi dia tidak beri isterinya keluar dari bilik pun. Nak mandi, nak buang air pun kena tunggu suami balik kerja. Bila isterinya ke tandas, pasti dia akan tunggu di hadapan pintu. Ini kerana dia cemburu kalau-kalau adiknya sendiri suka pada isterinya. Apabila isteri ajak sewa rumah sendiri untuk elakkan cemburu, di katanya isteri mata duitan. Apabila isterinya menolak ajakan perbuatan haram di bilik tidur, di fitnah pula kepada ibu bapanya. Katanya isterinya tidak mahu melayannya di bilik tidur. Dia suruh isterinya berhenti kerja, tapi selepas berhenti dia marah pula kerana isterinya minta duit darinya. Kerana di fitnah teruk dan di paksa melakukan yang haram.. akhirnya si isteri lari ke rumah ibu bapa sendiri dan memohon cerai di mahkamah. Di mahkamah, hakim sendiri yang nasihatkan suruh dia cerai je selepas mendengar keterangan isteri. Bayangkan hakim pun nasihat begitu. Selepas peristiwa itu, rakan saya ni sangat trauma nak kawin. Sudahlah baru pertama kali mengenali seorang lelaki. Jadi begitu pula dalam hidup�ya
Sebenarnya banyak lagi kisah pelik-pelik perkahwinan singkat mereka sendiri cerita dan hubungi saya. Tapi cukuplah 7 kisah ini yang saya kongsikan. 7 orang yang saya kenali. Yang sehingga kini masih bertanya khabar.
Trauma mereka bukan trauma biasa. Tetapi trauma yang sangat luar biasa. Belumpun merasai bahagia di awal sebuah perkahwinan seperti pasangan lain, sudah berubah status menjandi janda atas alasan-alasan pelik. Alasan yang mereka sendiri sukar untuk tafsirkan.
Sebab itulah saya selalu tekankan, kenal dahulu bakal pasangan anda. Siasat dahulu. Jangan main redah je kahwin. Dan mohon jika lelaki itu seorang gay dan berjanji akan berubah selepas kahwin, jangan percaya!.. berubah sebelum kahwin secara menyeluruh. Berubah dan bertaubat sebelum kahwin.
Siapa yang nak bercerai selepas kahwin kan. Jadi, tolonglah jangan tergesa-gesa nak kahwin atas alasan � nanti jadi anak dara tua�. Tak jadi anak dara tua, kot-kot jadi janda muda pula.huhu.
Banyakkan pengalaman hidup sebelum kahwin. Banyakkan pergaulan. Dan banyakkan ilmu di dada. Bukan sekadar ilmu agama, tapi juga ilmu psikologi lelaki dan wanita, ilmu berfikir secara waras. Ilmu pengurusan stress.
Kepada wanita, jangan tergesa-gesa nak berkahwin kerana takut jadi andartu.
Kepada lelaki, kami mahukan seorang suami yang waras akal fikiran dan bertanggungjawab.
Belajar hidup dalam realiti. Isteri anda bukan bidadari dan suami anda bukan malaikat.
Isteri anda juga bukan pelakon cerita romantik tv, dan suami anda bukan Suami 7 hari mencintamu.

No comments:

Powered by Blogger.